Assalamualaikum wbt..

Sebelum ni aku ada blogkan pasal banjir di kampung aku kan? Alhamdulillah! keadaan kampung aku sudah pulih seperti biasa. Tiada lagi banjir di mana-mana..

Cuma, bapa aku je yang belum sihat sepenuhnya lagi.. Aku tak de cerita pasal bapa aku kan? Aku pun sebenarnya tak tau sangat sakit apa.. Yang aku tau, adik ipar aku cuma bagitau bapa aku masuk Hospital Queen Elizabeth II.. sakit macam dulu katanya… tak pe laa.. aku rasa aku faham.. Tapi sekarang, bapa aku da dipindahkan balik ke Hospital Beaufort.. Tolong doakan untuk bapa aku ye… Semoga dia kembali ceria seperti dulu-dulu… Ok! cerita macam tak de kena-mengena dengan tajuk di atas.. Tak pe.. abaikan je… saja nak selit juga…

Back to tajuk la kan… aku rasa semua orang pun tau kan yang Semenanjung Malaysia sekarang sedang mengalami cuaca yang agak panas dan kering… Catuan air pun suda bermula.. Itu semua sebab empangan yang semakin kritikal keadaannya… Siang-siang da la panas… bawa sampai ke malam pula tu… Adoiii!!! bukan nak mengeluh… aku tau… Allah SWT sedang menguji kita… Panas di dunia pun kita da tak tahan… apatah lagi panas di neraka sana….

Tapi, daripada kita mengeluh sana-sini pasal cuaca yang panas tu.. apa kata kita sama-sama amalkan doa ni…

doa minta hujan

Kalau ada 40 orang yang baca doa ni.. mana la tau diperkenankan doa kita kan?…

Assalamualaikum wbt…

Lama sangat blog ni tak berupdate.. So, hari ni aku ambil sedikit masa untuk update apa yang patut la.. Ok! Beberapa hari yang lalu kampung aku dilanda banjir yang agak teruk aku kira.. Lebih teruk daripada banjir tahun 1981. Setahu aku, banjir tahun 1981 tu merupakan banjir yang paling besar berlaku di kampung aku…

Sumber : daripada facebook Cikgu Awang Sham

Penanda aras kedalaman dan keterukan banjir kali ini kita boleh tengok kat jambatan tu… Nampak tak di situ?

Hampir-hampir mencecah lantai rumah.. Nasib baik la air banjir tak masuk sampai ke rumah lagi.. Kalau tak, jenuh juga depa nak bersihkan rumah tu… semput agaknya…

Bila tengok gambar banjir kat sekolah ni, buat aku teringat je… Time banjir je memang seronok sangat sebab dapat cuti…. tapi, bila banjir da surut tu… faham-faham je laaa ye…. kena bersihkan class ok!… cuti-cuti time banjir tu pun kena ganti setiap sabtu…. Itu yang tak best tu… bukannya seronok pun…. hahaha!!…

Berita terkini yang aku dapat daripada family kat kampung… air banjir da surut sepenuhnya da kat pekan… Alhamdulillah!…. Allah SWT sedang menguji kita sebenarnya… Kat kampung aku banjir teruk tapi kat Shah Alam nih… empangan pun kering… panas yang amat….

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...