Assalamualaikum wbt…

Entah… sampai je aku kat office pagi nih… rajin pula nak buka blog.. baca blog.. dan, tetiba…. mouse terhenti di sini… blog seorang sahabat maya yang aku tidak berkesempatan untuk bertemu di dunia realiti.. tapi, walaupun begitu… beliau banyak membantu aku di dunia maya… beliau banyak memberikan nasihat-nasihat yang sangat berguna kepada aku sepanjang penglibatan aku dalam dunia penulisan blog..

Teratakarmoo, milik seorang blogger yang lebih dikenali dengan nama Jejai ataupun Jai Ramlee… teratakarmoo kini kosong.. ditinggalkan oleh pemiliknya yang telah pergi buat selama-lamanya… AlFatihah buat beliau.. semoga tenang di sana…

Teratakarmoo, terlalu banyak cerita tentang makanan… dan, aku tak boleh lupa tweet pagi beliau… Nasi Lemak… bila makan nasi lemak… serta-merta teringatkan beliau…. hurmmmm……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...