Assalamualaikum wbt…

Rasanya dah beberapa hari aku tak update blog.. Last week memang aku tak sempat nak update blog.. Busy settle kan kerja-kerja yang bakal ditinggalkan untuk suatu tempoh yang agak panjang.. Alhamdulillah! aku sudah mula bercuti pada 10.03.2014 hingga 14.03.2014.. Ambil cuti rehat sebelum berehat panjang..

Ada apa dengan esok? kau tahu tak apa kena-mengena aku dengan hari esok? Ok! esok merupakan hari ulangtahun aku yang ke….. berapa ye?.. kau tahu? hehehe.. Aku dah 3series.. so, agak-agak kau, tahun ni umur aku berapa? Try ushar kat FB aku erk… FB confirm akan bagitahu kau orang semua… hehehe

Walaupun esok adalah hari penting untuk aku…. tapi, aku lebih ternanti-nanti 17.03.2014.. Nak tahu kenapa? sebab aku akan menjalani pembedahan c-zec pada hari tersebut.. pukul berapa? aku pun tak dapat info yang tepat.. yang pastinya, aku kena masuk hospital sehari sebelum pembedahan.. dan, kalau tiada aral melintang.. tiada apa-apa masalah yang berlaku.. 17.03.2014 itu bermulalah aku punya maternity leave.. 90 hari ok!

Malam ini, Mr. Hubby nak belanja makan pizza.. Ini semua sebab Kakak Zahraa yang request.. Hahahha! dapatlah juga mama kau orang merasa makan pizza ye kakak… dah kebetulan esok kan birthday mama kau orang… tumpang sekakilah ye… sebelum bersalin ni, makanlah apa yang kau nak makan… esok dah bersalin… kenalah pantang makan ye…. jangan pantang jumpa or pantang nampak pula ye… hehehe

Eh! aku baru perasan sesuatu.. Rupanya banyak peristiwa yang penting untuk diingat dalam bulan Mac ni… 1st, birthday kakak jatuh pada 04.03.2014.. 2nd, of course lah my birthday yang jatuh pada hari esok… then, 17.03.2014 nanti… akan hadir 2 lagi cahaya mata yang bakal menyerikan kehidupan kami sekeluarga…. In Shaa Allah! Doakan yang terbaik ye untuk aku… doakan agar segalanya dipermudahkan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...